6/16/2014

Antara Rumah Besar Dan Rumah Kecil,Antara Kereta Besar Dan Kereta Kecil

dah lama tak update blog ni. tapi tergerak nak update sebab terbaca 1 posting semalam yang orang duk share kat facebook " antara pendapatan RM 2800,RM800 sebulan,udang goreng dan zuhud". i read this blog posting to my husband and i told him hermmm macam sama kisah kita kan.

masa awal kenal my husband dia agak pemboros sikit,jenis boleh habiskan 1 portion gaji untuk benda benda yang blerghh. mungkin sebab dia dibesarkan tak dapat semua benda. dan aku pulak jenis penjimat walaupun aku tak la dibesarkan dari keluarga yang kaya tapi aku jenis apa nak dapat walaupun aku sedar ni masa dah tua ni masa kecik dulu aku tak sedar yang mungkin aku ada susahkan mak ayah aku sebab nak tu ni.yela masa kita kecik mana la tau apakan.macam anak aku sekarang la nampak je kat tv nak,keluar je nak.kadang bukan tak mampu nak beli kat dia tapi aku nak dia belajar hidup ni bukan takat sebut nakkkkkkk je kemudian benda jatuh atas riba.banyak cantik.kahkahkah.tapi nenek nenek dia manjakan dia.takpa la bak kata mak aku "cucu aku biarle".gittew.bila dah tua ni banyak la tau kan antaranya masa aku nak basikal dulu mak aku guna duit toreh getah kumpul kumpul dapat la beli kan aku basikal.aku tau susah ni bila dah jadi mak bapak.anak anak kita manala tau susah kita nak adakan semua bendakan.

berbalik ke cerita kami.masa awal kawin kami duduk rumah kecik je.okla duduk berdua bersama sama dengan kucing kucing yang ramai.haha.kemudian pindah ke rumah teres 2 tingkat.lepas tu aku preknen maka aku jadi tak larat.nak turun tangga pun ya Allah seksa.jadi rumah agak tak berjaga.masa tu pun kita orang hanya pakai motor sahaja. dan nak dijadikan rezeki anak kami yang sulung my husband manage to keluarkan saga baru masatu.kemudian dia pun lepas loan untuk bayar deposit kereta tu.tu dikatakan rezeki sebab sebelum tu nak apply apa pun mesti tak lepas.

bila dah ada anak sorang mulala perbelanjaan jadi bertambah.disebabkan tak mampu nak bayar rumah kitaorang pun pindah ke kawasan yang agak jauh,rumah teres 1 tingkat.tapi disebabkan nasib laki aku yang tak berapa baik bab kerja dan sebab tuan rumah jenis melayu yang tak pernah ada harta kitaorang pun keluar dari rumah tu.banyak cabaran yang kitaorang lalu masa ni.dengan aku preknen second baby,dengan income tak menentu.tapi somehow masatu bila kitaorang rasa adoi takle setle la masalah ni serabut !! Allah datangkan kekuatan dan penyelesaian yang kitaorang pun tak terpikir boleh lalu benda tu.

pada mulanya aku dah pikir nak pindah balik ke kampung je senang habis cerita tapi aku tak sedap nak susah kan parents aku kemudian dengan laki pulak jauh(dah aku jenis tak le berjauhan dari laki) aku decide dengan laki aku apa kata kita pindah dekat damansara balik (rumah dan kawasan pertama kitaorang mula duduk masa kahwin) sebab dekat dengan mak mertua aku dan dekat dengan tempat kerja baru laki aku.masa ni aku tak bekerja sebab dah nak bersalin jadi laki aku sorang la tanggung kami bertiga ni dengan gaji less than RM2000.bayangkan.tapi ada hikmah disebaliknya la sebab someway somehow mendekatkan lagi hubungan kitaorang dengan mak mertua aku dan mendekatkan lagi hubungan cucu dan nenek dia.alhamdulilah.dan masa ni jugak aku berpantang sendiri.dan masa ni aku sedar ya Allah aku ni memang strong orangnya.haha.

dari rumah yang besar ke rumah yang kecik,dari saga baru(kena curik) ke kia (rosak tak fix lagi)ke kereta yang kecik (kancil)someway somehow aku rasa amatlah bersyukur.bila aku mendongak maksudnya tengok kehidupan orang lain yang hebat ada kereta besar,rumah besar dan sebagainya aku somehow nampak ada kurangnya dekat kehidupan dia.tapi bila aku lihat kebawah maknanya tengok kesusahan orang lain yang lagi teruk dari apa yang aku hadap sekarang aku rasa ya Allah bersyukur sangat.aku jadikan contoh kat sini ,mintak maaf ye siti nurhaliza..ada kehidupan yang diimpikan dek semua perempuan tapi apa yang dia takda?paling selalu aku nilaikan again sorry marion counter..what a fabulous life she leeds..tapi ada kurangnya yang takpe la aku simpan je la or maybe orang lain pun boleh nilaikan.

bila this guy article bercakap pasal dia teringin nak makan udang..mengingatkan aku sangat pada arwah ayah aku.tak tau la macam mana dia tau.haha. tiap kali aku nak makan something tapi aku takde duit mesti tiba tiba makanan tu sampai kat aku.sekarang ni laki aku dah mengikut dah perangai dia.tak tau la kot laki aku dah jadi mind reader ke hape tapi tiap kali aku nak makan something je tau tau dia bawak balik rumah walaupun aku tak pernah cakap pun kat dia.rezeki tu datang dalam bentuk yang kita tak jangka bukan dari duit atau barang barang je.

aku pernah masak nasi goreng sentiasa sebab tak ada apa nak masak sampai aku kata kat laki aku masak ni je sebab takda bahan(nasi goreng kosong) dia makan je takada kompelin(hish nak nangisla taip ni)asalkan yang paling penting barang anak ada.dan sebab inila aku membentuk sikap tak memintak kat laki.kalau nak tau kasut kerja aku dengan kasut keluar ada 2 je tu la aku pusing pusing pakai.bukannya aku kedekut tapi sebab aku rasa ya Allah nak belanjakan walau 30RM beli kasut pun aku rasa baik la aku beli susu anak.melainkan kalau laki aku belikan tetibala.itu pun aku dah sound awal kalau nak beli apa apa untuk aku jangan sekali beli yang mahal aku memang tak suka.

itupun aku masih pelik bila ada orang kata aku belagak.belagak celah mana tah sebab takda pun aku upload makan mahal,takde pun aku upload barang barang branded ke kenderaan mewah ke rumah mewah ke.paling tidak gambar anak anak sebab ni la yang paling "mahal" sekali dalam dunia aku.dan kita patut careful pasal ni sebab kadang contoh kalau kita upload barang mewah ke mungkin ada yang mendoakan benda yang tak baik kat kita dalam diam.ni aku tak ingat mana aku dengarla walaupun niat kita so called nak tunjuk rezeki kita.sama jugak dengan upload pic anak ni sebenarnya.evil eye is everywhere.

pada aku tak apa kalau rumah kita kecik,kenderaan kita kecik janji kita ada each other(family)dan yang paling penting kita kena belajar bersyukur.dan aku bersyukur bila aku dah jadi mak ni aku jadi lagi bersyukur ya Allah.contoh laki aku hilang duit terakhir kitaorang minggu lepas still aku kata kat dia "takpe bukan rezeki kita' kalau dulu sebelum jadi mak mau aku meroyan tak tentu pasal dah kat dia.hahaha.dan seperti mamat tu tulis dalam blog dia aku kenal erti zuhud..

Iaitu bersyukur dengan apa yang ada, dan redha dengan nikmat yang ditarik.
dan alhamdulilah walaupun aku ada bersepah hutang ni yang aku cuba nak bayar sikit sikit tapi kadang ada je problem yang datang..aku rasa amat bahagia duduk dirumah kecik ni yang senang aku nak kemas,senang nak monitor anak dan selalu dilawat nenek anak anak.dan aku bersyukur masih ada kenderaan walaupun kecik tapi kita orang lagi lepas merata sebab minyak jimat.haha.ok tujelah.bye!