1/10/2012

Pengalaman Bersalin Anak Pertama.

Gambar kat atas ni gambar pertama kaliq.

Dah lama aku nak post pasal pengalaman aku ni. Kalau orang tak baca pun 1hari nanti akan jadi rujukan buat anak tersayang kisah bagaimana aku lahirkan dia.hehe. Aku buat dalam bentuk kronologi chewah senang sikit nak baca.

38weeks 4days
-Masa tuh dah dekat seminggu sakit perut tapi tak boleh nak melepas. Dah macam sembelit. Banyak kali cakap kat Que tapi dia dah biasa dengar aku kompelin tu ni.
-Malam 12hb aku sakit perut memulas2 macam nak period tapi malas nak pergi klinik sebab 14hb checkup dekat Klinik kesihatan. Malam tu jugak aku tak boleh tidur sebab boleh rasa baby dalam perut macam tak bergerak. Que sedap tidur tapi aku duk cuba ketuk perut nak bagi dia respon tapi tak pun. Aku dah start panik tapi decide tunggu siang sebab dia bergerak cuma tak aktif. Mula la kepala duk pikir terbelit ke hape ke.huhu.
-pagi dalam pukul 6am aku kejut Que cakap sakit tapi tak kejut bersungguh kejut biasa je.
-8am lebih Que pergi kerja. Dalam pukul 10am aku sakit sangat pergi toilet nak melepas tak jadi tapi kencing keluar ketul darah sikit. Sakit dah mula tapi tak kerap dan aku tak tau pun yang tuh contraction.
-call mysister before sms Que sebab tak nak dia kelam kabut. Kakak aku pulak cakap kena pergi hospital sebab dah tanda nak bersalin. Dengan tenang aku call Que. Siap cakap don't panic but I need to go to the hospital.
-dalam duk menunggu aku siap bbm,mengemop,bagi kucing makan hehe sebab due date a long way to go and my mind dah stuck dengan cerita pasal false alarm.Plus masa tu baru hari kedua maternity leave. Macam pandai je budak ni nak bagi mummy dia save cuti heh.
-then once Que sampai straight ke Hospital Serdang. Tukar kain batik cek bukaan baru 2cm. They use this tools to check which I hate sebab sakit kot!since baru 2cm the nurse said boleh balik dulu sebab baru sikit. Plus I heard that during that time ward full. Labour room pun full. Ramai sungguh bersalin bulan 12.
-on the way going back the pain was already crucial. Dari dalam 15minit sekali jadi 5 minit sekali. The pain was like having period pain tapi power punya period pain. Masa tu dalam hati dah nak cakap dah dengan Que that I can't handle it anymore tapi macam aku denied yang aku rasa nak bersalin dah.hehe. Kami sempat lagi tu singgah Jco beli donut.
-sampai kat rumah sambil makan donut ni aku duk tahan sakit while Que dah dok bebel ajak aku pergi hospital balik sebab dia tengok aku dah tak tahan sangat. I only tell him just wait until air ketuban pecahla or pergi tanya kat klinik kitaorang selalu pergi dulu macam mana. He went out and ask. Masa tu aku dah memang istifar banyak sebab dah sakit sangat. Dia balik je terus pergi Hospital Serdang balik.
-sampai kat hospital dah bukak 6cm. Macammana dia cek bukaan ni..ha pakai jari seluk ye. Nasib baik semua perempuan dapat lelaki jenis tangan besar ke ha mampus. Masa ni Que kat luar sambil aku duk sakit aku bbm dengan dia. Aku ada jugak mintak penahan sakit sebab dah tak tahan sangat dan aku ingat sampai sekarang nurse tu jawab istifar je dah tak boleh mintak penahan sakit bagai!hehe. Bila aku cakap kat Que dia boleh buat kelakar pasal muka dia bengkak kena elergi ubat lagi. Haih bini tengah sakit dia le kena elergi bagai.huhu.
-time ni aku dah tak menahan dah. Aku dah sakit sangat istifar tak berenti aku rasa macam tak ada siapa peduli. Sudahnya aku jerit lepas tu ada sorang doktor datang..lelaki ye! Cek bukaan dah berapa tah sebab masa tuh dah sakit macam nak meneran sangat sakit lain dah tak rasa dah. Then aku dengar doktor tu jerit 'labour room ready!' Masa dia tolak pergi tu aku dah tak rasa takut ke apa sebab yang aku tau cepatla baby keluar aku dah tak tahan sangat. Kemudian aku dengar nurse jerit panggil Que suruh masuk. Kuasa tuhan ye syurga isteri dibawah tapak kaki suami...aku tengok dia dengan muka bengkak aku jadi tenang...macam kurang sakit..serius tak tipu.
-masuk labour room dia suruh tukar baju kemudian masuk air straight dia suruh push. Que pun tolong cakap kat telinga aku suruh push. Masyaallah Allah maha besar betapa sakitnya masa tu nak push tak boleh!dia ajar pun aku tak boleh nak buat!sampai aku nak menangis nak menjerit! Nurse tu dengan slow cakap dengan aku jangan menjerit menangis..push je yang penting anak. Aku rasa aku dah push habis baby tak nak keluar jugak. Masa tu tak silap dalam pukul 6pm lebih. Lama jugak aku push tau tau dah pukul 7pm lebih.
-sebabkan aku dah tak larat nak push sorang lagi doktor datang untuk vakum. Masa ni Que kena keluar. Dia suruh push habis habis kemudian aku dapat rasa dia sedut baby kemudian potong sikit untuk baby keluar habis...
-then miracle Ya Allah yang aku tak boleh lupa baby keluar warna kebiruan dengan penuh lendir lagi dia letak atas perut aku kemudian dia potong tali pusat. Masa ni aku pegang sikit je dia sebab geli.haha. Kemudian diaorang ambik untuk bersihkan. Masa ni Que cerita dia dah dengar baby nangis dia nak masuk nurse tak kasi tapi lepas bersih diaorang terus kasi baby kat dia untuk diazankan. Masa tu aku tak tengok lagi baby.
-masa baby keluar rasa lega yang teramat sangatla. Lepas tu kena keluarkan uri kemudian jahit. Dah penat tu ingatkan bius la jahitkan rupanya tak. Ha menahanla lagi lepas tu. Dekat sejam jugakla. Lepas doktor tu dah siap cuci segala lama jugak tunggu dalam bilik tu dengan lapar dahaga teramat barula Que datang bawak baby. Itula kali pertama aku tatap Kaliq Rafael sebab kitaorang tak pernah buat 3D ke pape kan.
-kemudian dia tolak ke wad dapatla jumpa dengan mak long dan ibu Que sekejap. Malam tu memang aku dengan Kaliq je. Bila aku tengok Que dengan Kaliq memang rasa nak menangis tengok betapa hapynya dia dapat anak.
-malam tu aku tak dapat tido sebab sakit kemudian belajar bagi susu. Selebihnya aku banyak tatap muka Kaliq. Rasanya adala sejam aku tido.
-esoknya awal pagi lagi Que dah datang to pick up my parents then petang tu dah boleh keluar. Walaupun kelas 3 servis tip top bayaran alhamdulilah rm16 sahaja.
-by the time I'm posting this Kaliq yang lahir pada 13 december 2011 pada berat 3.15kg pada jam 7.55 malam dah pun masuk hari ke 29!berat pun dah naik dan makin comel!lots more to share soon!

2 comments:

  1. Sweet moment kak Sha !!
    Welcome baby Kaliq ! Fresh from heaven, kena corak kan baik2 tau.. Tahniah, pantang hapy2 ..
    Selamat menjadi ibu, Yana pun tengah try to conceive ni.. hehee, wish me luck ok ! :)



    Salam sayang,
    kucingmalaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. tahniah..sebak baca pengalaman dalam wad bersalin, takut pun ada... semoga kaliq jadi anak yg soleh,amin

    ReplyDelete