9/29/2011

Info Wanita Mengandung : Klinik Swasta Atau Klinik Kesihatan Kerajaan?

wah patutnya buat posting ni awal awal lagi untuk share dengan all future moms out there!

well masa mula mula knowing that im pregnant memang aku pergi check kat klinik swasta.sebab apa yela first baby kan so macam tak sabar nak tengok what happen kat dalam perut.haha sedangkan masa tuh awal lagi.apa jela yang nampak pun..nampak kantung je..ala yang bulat kosong tuh.dah masuk 3 bulan macam tuh baru le nampak budak kecik tuh ..tuh pun fetus je.

dari dulu lagi minded kita pasal klinik atau hospital kerajaan ni 1 je .SERVIS SUCKS..actually tak.dia ikut orang dan dengan siapa kita berhadapan masa tuh.buatnya nurse tuh tengah hangin satu badankan memang nasibla.u see u cant blame sebenarnya some of kakitangan klinik kerajaan ni.kalau yang kat dalam bilik tuh memang kadang agak rilek ..tapi kalau yang bahagian luar tuh mak hai dia punya sibuk aku pun tak tau bila masa dia makan.

lepas cukup 3bulan atas advise dari doktor cantik kat klinik dekat dengan my house i went to klinik kerajaan.MAKE SURE KALAU NAK PERGI KLINIK KERAJAAN MESTI PERGI YANG BERDEKATAN DENGAN RUMAH!so like for example macam aku duduk kat Seri Kembangan so aku kena pergi klinik kesihatan Seri Kembangan sebab kalau pergi area lain sah sah kena reject dan dia akan suruh pergi ke klinik yang berdekatan jugak.sebab dia kalau apa apa senang.ni duduk kat Seri Kembangan pergi cek kat Sungai Buloh pe kejadahkan.

first time masa pergi ke KK(Klinik Kesihatan) memang blur sangat sebab ramai sangat orang.lepas tuh nak tanya nurse tu kan macam sibuk je.jadi aku suruh Que pergi tanya sebab kalau kena marah ke hape dia yang kena .haha.mula mula dia suruh ambik nombor.dekat mesin ambik nombor tuh ada A(untuk ibu) B (untuk anak) C(untuk lain lain) jadi aku tekan A kemudian dia bagi buku merah untuk fill in.ok buku tuh macam ni(curik gambar kat gugel)
yang ni memang penting tak kira la nak bersalin kat swasta ke kerajaan ke boleh pakai buku ni.menariknya masa aku fill in buku ni nama kita dia akan letak sebagai Nama Ibu..nama bapaknya Nama Suami.macam comel je masa tuh nak tulis nama sendiri sebagai Nama Ibu.hehe.ok lepas tuh mula la proses menunggu.

ha ini la perbezaan paling ketara Klinik Swasta dengan Kerajaan..MENUNGGU..dia punya tunggu memang lama.thats why biasa mana yang dah pernah pergi advise datang awal.kadang datang awal macam mana pun ada lagi awal dari kita.

ok lepas nombor kena panggil dia akan tanya soalan macam duduk kat mana...nak bersalin kat mana..anak keberapa..all that soalan berkaitan la.kemudian kena cek tekanan darah,berat dengan tinggi..yang ni FIRST STAGE!

STAGE KEDUA..dia akan suruh pergi makmal.buat pengetahuan memang Klinik Kesihatan ni ajar berdikari sungguh..kalau kat Seri Kembangan kena jalan sikit ke belakang untuk ke makmal.makmal ni untuk cek air kencing dengan darah.yang ni pun kena berdikari.kena letak buku merah kat dalam bekas dia kemudian ambik paper cup..kat paper cup tuh ada nombor jadi kena ingat nombor tuh..kemudian pergi kencing letak balik cup tunggu sampai dia panggil nama.lepas dia panggil nama dia akan suruh ambik cup kemudian dia akan cek lepas tuh dia akan cucuk tangan ambik darah sikit.ok kemudian kena buang cup tuh jangan tinggal kat situ pulak.ikut pengalaman selama berapa bulan berkampung kat Klinik Kesihatan Seri Kembangan part ni paling aku tak suka sangat sebab kadang ada pekerja makmal ni suka sangat bersembang sampai kena tunggu lama sedangkan kalau dia orang buat cepat ..cepatla sikit proses selepas tu.

STAGE KETIGA...kalau masa kat STAGE KEDUA nurse tak bagitau kena pergi mana lepas tuh ok pergi balik kat dia tanya nak buat apa..biasanya kalau dah pernah datang dia akan bagitau terus bilik apa nak pergi lepas cek kat makmal.untuk first time datang kena pergi 1 bilik untuk ambil darah.sakit woo ..tapi jangan le kau pergi mengadu sakit ..sat lagi dia akan balas "sakit lagi nak beranak nanti"..eh nampak sangat aku mengeluh sakit masa tuh kan.haha.ok kalau dah pernah datang akan tau bilik mana nak masuk tapi kena letak dulu buku kat kotak bertulis nombor bilik yang nak masuk tuh..dan seperti biasa tunggu la lagi..

STAGE KEEMPAT...yang ni depends..kalau cepat lepas makmal ..cepat letak buku..cepat nurse buat kerja maka cepat la dia.ok lepas nombor kena panggil ha kena la masuk bilik nurse..kalau untuk first timer dia akan cek perut..cek ada masalah kesihatan ke tak..ala tanya soalan biasa je..lepas tuh dia akan assign tarikh appointment seterusnya dan tulis preskripsi ubat.kalau ada masalah kesihatan atau pun kena scan yang kena jumpa doktor ha kena tunggu lagi

STAGE KELIMA ..ini ada 3 cabang..samada kena jumpa doktor untuk scan atau pun kalau ada masalah kesihatan yang diberitahu masa STAGE KEEMPAT kena la jumpa doktor..yang ni memang kena tunggu sebab biasa Klinik Kesihatan ni doktor sorang je.kalau kat KK Seri Kembangan memang aku impress gila dengan doktor kat sini sebab dia ni steady je cek beratus ratus ibu dan anak tiap hari...lepas tuh dia asyik senyum je.cina perempuan.kalau tak kena jumpa doktor boleh pergi kaunter ambik ubat.ambik ubat kalau kat    KK Seri Kembangan sekejap je selama aku pergi ni.selain dari ni kalau ada kena cucuk ha kena masuk bilik cucuk especially bila dah 6 bulan lebih memang kena cucuk kancing gigi.2kali ye.memang lenguh tangan.eh lupa pulak early stage masa bulan ke 3atau 4 macam tuh kena minum air gula!

pengalaman minum air gula..........
aduhai masa tuh aku punya alahan tengah teruk.semua benda tak boleh masuk.proses nak minum air gula ni kena puasa hari sebelum selepas 12 malam tak boleh makan.sampai je kat klinik kena minum air gula kemudian tunggu 2jam baru boleh test darah.seksa.masa minum air gula tuh mintak maaf aku katakan yang aku menipu sikit .bila sebut air gula memang la tak rasa macam ngeri sangat tapi cuba ambik air suam lepas tuh letak dalam hermmmm 10 sudu besar gula ke..kemudian apa rasa?haaa aku berlari ke toilet muntah terus.sekian.hehe

ok lepas STAGE KEEMPAT kalau tak kena buat mana mana yang kat STAGE KELIMA boleh balik!
biasanya kalau aku pergi pukul 9 pagi habis dalam pukul 12 tengahari macam tuh.

berbalik kepada persoalan mana lagi bagus..SWASTA,tak perlu tunggu lama tapi mahal..KERAJAAN kena tunggu..normal la ramai orang kan..PERCUMA.check up dia sama je cuma kena berdikari la sikit.kalau kat SWASTA tuh yela semua dia buat dalam 1 masa kan tak ada la stage by stage macam dekat KERAJAAN.tapi 1 hal kalau pergi ke klinik SWASTA ni kan kalau ada kes dia akan for sure tolak ke KLINIK KERAJAAN .even kalau time nak bersalin ada masalah kan still dia akan tolak ke KERAJAAN.

pada aku la orang yang nak pergi cek kat swasta ni biasanya berduit dan kejar masa.kalau nak jimat pergi kerajaan je.sama je.ikut hati masing masingla.tapi 1 je kita janganla skeptical sangat pasal Klinik/Hospital Kerajaan ni.pasal nak beranak pun hal yang sama..kalau rasa nak kemain selesa dan ada duit 3,4k boleh la pergi swasta.off course la servis lebih bagus sebab dah kita bayar mahal kan.kalau pergi Hospital Kerajaan pun ada jugak yang bagus.tak semua tak bagus.dah nama hospital kan.kecuaian ke...tak friendly ke mana mana pun boleh jadi.pada aku baik duit tuh digunakan untuk lepas bersalin nanti.ye dak.ntah ni pendapat aku jela.eh banyaknya masa aku kat sini ye.ok BYE!

1 comment:

  1. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete