7/22/2012

25 Pesanan Luqman Hakim Kepada Anaknya.

1.Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

3. Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4. Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18. Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23. Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24. Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

6/20/2012

Menurunkan Demam Baby

everytime kaliq down with fever fuh memang aku serba tak kena.kalau boleh 15 minit sekali mesti cek temperature dia. ada sekali pukul 3 pagi i was awake and find his body was so hot and dia pun sama pucat..when i check his temperature it was 39+.memang panik gila la.so i start ambik kain then make it a bit wet lap lap kan badan dia bagi temperature turun.so through out the experience the most important think that i can gather is

-make sure bila baby panas sangat sebelum bawak pergi klinik ke hospital ke cuba turunkan dulu dia punya temperature.

-some stuff yang essential ada kat rumah ..tuala kecik(untuk basahan letak kat kepala) ubat demam.

-cool fever..herm not really working for me walaupun memang sentiasa ada kat dalam fridge. but kaliq hates it sebab terlampau sejuk then dia boleh sejuk sekejap je sebenarnya walaupun the iklan said it can lasted 12 hours la and such.
the best way that i tried is using kain untuk letak kat kepala dia (memang turun panas) dan the best i tried so far...pakai kentang.potong kentang nipis nipis then letak kat kepala..memang kentang tu panas la sebab dia tarik haba dalam badan.
dan yang paling utama parents kena sihat kalau tak siapa nak jaga anak :(

6/19/2012

My 6 Month Champion

he is 6 months old that is half a year.mak aih cepatnya masa berlalu ..boleh tak masuk perut mummy balik. i went for interview last wednesday..he was in the car with his daddy.masuk je kereta my husband said to me " mummy watch this" well this video attach is the one he show me and i was like " he always buat camni dengan u with me blur je..paling tidak dapat senyum je" haha.

i can tell that my son memang daddy's boy. he loves having fun with him while mummy usually means serious time..yeah whatever kaliq(sentap) haha.

man baby nowadays grow up so fast. just now before he went to sleep i pasang him this kids movie bout a caterpillar and his frens and he was laughing at this part where this ant duk bercakap with this caterpillar which is to us was so funny and we though hey u dah understand ke the movie kaliq oi! heh.only that particular part ok we rewind back he still laugh at that part.

i love u baby.mummy learn so much by seing u growing up infront of me .i dont know how nak kejar gadget bagai and ill carry u everywhere and i dont give shit what people say.i love u man.

note : to whom it may concern yang komen kat posting bawah ni yang sangat bijak memakai anonymous untuk komen page saya.saya belajar sesuatu mengenai kesilapan lepas maka kini saya telah punya satu sistem dimana saya tau siapa anda. well nevermind bout that.aku dah lama dah baca komen tu tapi malas nak issue sebab my life does not evolve around u..selama aku buat blog ni aku memang nak sangat jadi jujur supaya pengalaman tu mungkin boleh mengajar orang lain .macam wardina.siapa dia sebelum dia sekarang?tapi kalau dia cerita mesti orang hentam..tapi aku bukan wardina,,dan aku tak seindah siapa wardina sekarang.aku masih belajar jadi bila aku bercerita tujuan aku hanya untuk belajar bersama.jika aku mengajak orang kearah kebaikan menjadi salah bagi kau please u can bitching kat tempat lain beb,biasalah kau dah masuk kawasan aku kasar jadinya..cuba kau pergi page wardina gunakan ayat kau tu mungkin la keluar hadis..aku masih belajar semula jadi tak ada hadis boleh aku kasi kat kau.mungkin itu cara kau sekarang.patutla XD.anyway thanks for visiting my blog and stalk my fb.i let u have the fun.beb lain kali jangan letak anonymous aku tak marah pun malah aku anggap komen tu diri kau yang sebaliknya.ok salam!harap lain kali komen pakai nama ok.susah gak nak track kau siapa but i did it :) fuhh but then as i said my life does not evolves around u.toodles!I KNOW WHO U ARE.ILL KEEP MY MOUTH SHUT.INI BLOG ANAK GUA KALAU LU TAK PUAS TI SAID TO MY FACE.

5/28/2012

5 Months 15 days

My grumpy little man. How time flies so fast... Look at you. My man. I love u baby
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

5/15/2012

A 5 Months Old Boy He Is!

young man u grow up so fast

11.45 am.fuhh im sweating macam baru lepas mandi.the weather now fuh.kita yang dah tua ni ok la lagi but poor kaliq everynight mandi peluh.sorry baby mummy cant afford to buy u airconditioner. will try my best to get it for u though.

how he grow up so fast ha.so panjang akal now.hes following his mood.and he already know what he can get from crying..sometimes out loud.haha.but still 5months old he is still that small baby that came out from my tummy that i have small talk with when he was 1 day old.

even with 1 kid my life is already hectic.respect goes to mysisters and my mak and all the mother in the world especially yang got more than 2 kids..working and all.jugling between goin out to work comes home and do house chores..masak..nak layan suami lagi..whoah!respect..mother defination should be 1 that did tooo many job at 1 time for free.

at the moment kaliq dah memang start makan.since i dont have the time of mylife yet to cook him good food(sorry baby) but i give him cookies with milk and cerelac.he loves it.good job kaliq!and on daily basis now he will shout out metalica songs without lyric....a music to my ears.

hes my soul hes my harta dunia akhirat. i love you baby.mama will always be with u.